
Anak angkat tidak
tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya
mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada hubungan pertalian darah
secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat mengikut hukum
syarak sekali pun anak tersebut telah dibinkan kepada bapa angkat di dalam
sijil kelahiran.
Islam agama yang adil
dan prihatin kepada semua golongan manusia. Memang benar anak angkat tidak
berhak mewarisi harta pusaka secara faraid. Tetapi Allah maha mengetahui dan
bijaksama membenarkan ibu bapa angkat ‘mewariskan’ sebahagian daripada harta
mereka kepada anak angkat melalui Hukum Wasiat.
Dengan berwasiat, anak
angkat akan mewarisi paling maksimum 1/3 daripada harta pusaka ibu bapa angkat
mereka, manakala baki 2/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris si mati
secara faraid.
Sebagai contoh, Ahmad
mempunyai seorang anak angkat, seorang isteri dan tiga orang adik beradik seibu
sebapa, dua lelaki dan seorang perempuan. Ahmad mempunyai 5 ekar tanah. Semasa
hayatnya, Ahmad telah berwasiat sekiranya beliau meninggal dunia, 1 ekar
daripada tanah pusaka peninggalannya hendaklah diberikan kepada anak angkatnya.
Apabila Ahmad
meninggal dunia, anak angkat boleh menuntut harta pusaka itu sebagai penerima
wasiat, manakala isteri dan tiga orang adik beradik Ahmad menuntut sebagai
penerima pusaka secara faraid.
Mengikut hukum faraid,
asal pembahagian seperti berikut:
8
|
40
|
||
Isteri
|
1/8
|
1
|
5
|
SIBL
|
14
|
||
SIBL
|
Asabah
|
7
|
14
|
SIBP
|
7
|
Oleh kerana Ahmad
berwasiat supaya 1 ekar daripada harta pusakanya diberikan kepada anak
angkatnya, pembahagian menjadi seperti berikut:
5 ekar
|
40
|
50
|
5 ekar
|
|
Anak angkat
|
1 ekar (wasiat)
|
10
|
1 ekar
|
|
Isteri
|
5
|
5
|
0.5 ekar
|
|
SIBL
|
4 ekar (faraid)
|
14
|
14
|
1.4 ekar
|
SIBL
|
14
|
14
|
1.4 ekar
|
|
SIBP
|
7
|
7
|
0.7 ekar
|
Kesimpulannhya, anak
angkat seperti mana anak kandung juga berhak mewarisi harta pusaka, cuma
bezanya mereka mewarisi secara penerima wasiat sedangkan anak kandung mewarisi
secara ketentuan faraid.
No comments:
Post a Comment