1. Apakah
yang dimaksudkan dengan Pengangkatan De Facto?
De
Facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang
dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami
isteri bersama tidak kurang dari dua (2) tahun.
2.
Bolehkah kanak-kanak yang tiada Sijil Kelahiran dianakangkatkan?
Salah satu keperluan utama untuk
Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara
ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran
hendaklah dibuat terlebih dahulu.
3.
Berapakah had umur kanak-kanak untuk Permohonan Pengangkatan De Facto?
Had umur kanak-kanak yang boleh
dianakangkatkan adalah di bawah umur 18 tahun.
4.
Berapakah syarat umur ibu atau bapa angkat bagi Permohonan Pengangkatan De Facto?
Syarat umur ibu atau bapa angkat
ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18
tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan
ibubapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibubapa angkat ialah 21 tahun.
5. Di
manakah Permohonan Pengangkatan boleh dibuat?
Permohonan Pengangkatan boleh dibuat
di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.
6.
Perlukah Permohonan Pengangkatan dibuat di tempat/negeri kelahiran kanak-kanak?
Tidak perlu
7.
Perlukah kanak-kanak hadir semasa perbicaraan (Prosiding) dibuat untuk
proses pengangkatan?
Kanak-kanak WAJIB hadir bersama-sama
ibu bapa angkat untuk proses pengangkatan.
8.
Perlukah ibu bapa kandung hadir bersama semasa pengangkatan dibuat?
Kehadiran ibu bapa kandung tidak
diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.
9.
Bagaimanakah ibu bapa angkat boleh membuktikan bahawa mereka telah menjaga
kanak-kanak tersebut selama 2 tahun seperti yang ditetapkan oleh Akta?
Pembuktian boleh dibuat melalui
Surat Keizinan ibu bapa kandung iaitu Akuan Berkanun yang dibuat oleh ibu bapa
kandung semasa proses penyerahan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapa
angkat. Tempoh 2 tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh
Akuan Berkanun dibuat.
10.
Bolehkah tempoh penjagaan oleh ibu bapa angkat dikurangkan atas budi bicara
Pendaftar Pengangkatan?
Tidak, kerana tempoh penjagaan
selama 2 tahun itu telah ditetapkan oleh Akta 253.
11.
Bolehkah perjanjian secara tidak formal antara ibu bapa kandung dengan ibu bapa
angkat dibuat?
Tidak. Surat Akuan Berkanun
antara kedua-dua pihak adalah keperluan undang-undang.
12.
Bolehkah saudara (relative) kanak-kanak memohon untuk pengangkatan kanak-kanak
tersebut?
Boleh. Syaratnya salah seorang
pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 25 tahun dan mereka adalah
saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, samada melalui
pertalian darah atau pertalian kahwin kanak-kanak
tersebut .
13.
Bolehkah ibu bapa kandung membuat Permohonan Pengangkatan bagi anak
kandung mereka?
Tiada halangan dari segi Akta.
14.
Bolehkah ibu tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Tiada sekatan dalam Akta 253
mengenai perkara ini.
15.
Bolehkah bapa tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Walaupun dalam Akta 253 tidak
menyekat mana-mana individu untuk memohon pengangkatan,
permohonan adalah TIDAK DIGALAKKAN dari bapa tunggal sekiranya kanak-kanak
tersebut adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat
kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
16.
Bolehkah kanak-kanak Islam dianakangkatkan oleh ibu bapa bukan Islam?
Walaupun dalam Akta 253 tidak
menyebut tentang perkara ini Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952
menyatakan bahawa kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh
ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.
17.
Bolehkah kanak-kanak bukan beragama Islam dianakangkatkan oleh bapa angkat yang
beragama Islam?
Kanak-kanak yang bukan beragama
Islam boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang beragama Islam.
18.
Bolehkah pemohon beragama Islam memohon pengangkatan melalui Perintah Mahkamah
(Akta 257)?
Pengangkatan melalui Perintah
Mahkamah (Akta 257) hanya untuk pemohon-pemohon yang bukan beragama Islam.
Manakala pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) adalah
terbuka kepada semua yang layak.
19.
Bilakah Permohonan Pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Permohonan pengangkatan hanya
dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan dari ibu bapa /
ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun
tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
mengikut keperluan.
20. Adakah
kes di mana selepas permohonan pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat, kanak-kanak ditarik dan diletakkan di bawah jagaan JKM?
Tiada.
21.
Bolehkah kanak-kanak yang lahir di luar negeri dianakangkatkan oleh pasangan
suami isteri di Malaysia?
Boleh, dengan syarat kanak-kanak
menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan
mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan
Pengangkatan.
22.
Bolehkah pasangan suami isteri yang tinggal di luar negera membuat
Permohonan Pengangkatan untuk kanak-kanak tempatan?
Di bawah Akta 253, kedua-dua ibu
bapa angkat dan kanak-kanak hendaklah tinggal bersama di negara ini selama 2
tahun berterusan sebelum layak untuk membuat Permohonan Pengangkatan.
23.
Bolehkah dengan proses pengangkatan, warganegara kanak-kanak ditentukan?
Tidak
Tidak
24.
Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dikeluarkan dengan Sijil
Kelahiran dan bukan Sijil Anak Angkat?
Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan Sijil Pengangkatan dan bukan Sijil Kelahiran.
Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan Sijil Pengangkatan dan bukan Sijil Kelahiran.
25.Bolehkah
Sijil Pengangkatan digunakan untuk urusan rasmi?
Sijil Pengangkatan mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.
Sijil Pengangkatan mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.
26.Berapa
bayaran dikenakan untuk Permohonan Pengangkatan?
RM 30.00 dikutip sebagai bayaran
pendaftaran setelah permohonan diluluskan.
27.Bolehkah
kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dipulangkan kembali kepada ibu bapa
kandung atau diberikan kepada pasangan suami isteri yang lain?
Pemulangan dan pengangkatan semula De Facto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.
Pemulangan dan pengangkatan semula De Facto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.
28.Bolehkah
ibu bapa kandung mengambil kembali kanak-kanak selepas pengangkatan De Facto
diluluskan?
Tidak. Dari segi undang-undang
sivil, pengangkatan tersebut adalah muktamad.
29.Bolehkah
seorang kanak-kanak yang telah dianakangkatkan melalui Akta Pendaftaran
Pengangkatan (Akta 253) iaitu secara De Facto dianakangkatkan semula di bawah
Akta Pengangkatan (Akta 257) iaitu melalui Perintah Mahkamah?
Boleh. Tetapi bagi kanak-kanak
yang dianakangkatkan melalui Perintah Mahkamah TIDAK BOLEH dianakangkatkan
semula melalui proses Pengangkatan De Facto.
30. Adakah
wajib untuk membuat pendaftaran anak angkat?
Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak
melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat
memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf
dari segi undang-undang.
No comments:
Post a Comment